EPISODE 01
CHOI EUN SEOL / OH CHO RIM (
Shin Se Kyung
)
Choi Eun Seol (Shin Se Kyung) adalah saksi dalam kes pembunuhan "kod bar" yang melibatkan ibu bapanya.
Semasa melarikan diri daripada pembunuh tersebut,
dia telah dilanggar oleh sebuah kereta.
Dia dapat melihat pembunuh tersebut memegang tag nama yang dirobek dari seragam sekolahnya.
Mayat kedua ibu bapa
Eun Seol ditemui di tepi pantai selepas 7 hari dilaporkan hilang. Pihak hospital cuba menghubungi ibu bapanya selepas Eun Seol terlibat dalam kemalangan
kereta.
Detektif Oh Jae Pyo ( Jung In Gi ) melihat kesan luka / bar kod pada lengan mayat ayahnya dan mengesyaki Eun Seol adalah saksi kepada pembunuhan "kod bar" ibu bapanya.
Selepas
sedar dari koma, mata kiri die bertukar berwarna biru dan die boleh melihat bau / aroma.
Detektif Oh ambil dia sebagai anak angkat dan namakan die Oh Cho
Rim.
Bende pelik 1, doktor ramalkan Oh Cho Rim tidak akan sedar dr koma disebabkan kemalangan teruk. Dengan keajaiban, dia sedar dr koma dan tiada ada masalah
kesihatan.
Bende pelik 2, Oh Cho Rim tidak dapat ingat siapa dirinya sebagai Choi Eun Seol dan memori sebelum dia koma.
Bende pelik 3, mata Oh Cho Rim bertukar berwarna biru. Hanya sebelah kiri sahaja. Jadi,
doctor pun xdpt bg penjelasan knp mata kiri die bertukar biru. Oh Cho Rim boleh melihat bau / aroma. Die boleh teka bau tu menggunakan matanya. Die boleh bayangkan bau / aroma tu cmne. So, die blh tau
bunga dari mknn cmne, bau dr minyak wangi cmne. Bau / aroma dari sesuatu bende tu menari-nari di matanya.. kui kui
Disebabkan die boleh melihat bau, so die dapat bantu org len selesaikan masalah.
CHOI MOO GAK (
Park Yoo Chun
) VS CHOI EUN SEOL ( KIM SO HYUN )
Choi Moo Gak (Park Yoo Chun) adalah abang kepada Choi Eun Seol ( Kim So Hyun ) dan secara kebetulan mempunyai nama yang sama.
Eun Seol terlibat dalam kemalangan bas sekolah dan cedera di kepala. hari yang sama Choi Eun Seol (Oh Cho Rim) kemalangan kereta.
Semasa Moo Gak sampai di hospital untuk melawat dan membawa makanan untuk Eun Seol, Moo Gak terlanggar bahu dengan seorang doktor - Song Jong Ho (white coat dr tu ada darah).
Apabila Moo Gak dah jumpa Eun Seol, Moo Gak ingat Eun Seol sedang tidur / bergurau dengan dia. Bila dia gerakkan tubuh Eun Seol, dia tengok ade darah dan kesan kelar dileher Eun Seol.
Dia rasa terkejut dan sedih tengok keadaan Eun Seol mati kena bunuh. Pembunuh tu tersalah orang. Disebabkan mempunyai nama yang sama, Eun Seol adik Moo Gak yang jadi mangsa.
Selepas peristiwa kematian adiknya, Moo Gak berhenti kerja sebagai penyelam akurium dan bekerja sebagai polis dengan matlamat utama adalah menuntut bela kematian adiknya. Selepas peristiwa tersebut, Moo Gak mengalami penyakit analgesia iaitu hilang deria rasa dan dingin (tidak berperasaan).
part lucu 1, Moo Gak boleh minum air panas cmtu je… xde hembus kt air bg sejuk. Deria rase sakit die dah hilang… dah xde rase apa itu sakit
Dalam episode pertama dah tunjuk muka siapa pembunuhnya… macam xlogik pulak ada.. xpun trick je ni... hujung-hujung cerita nanti, pembunuh tu orang
lain. iools pun xdpt kenal pasti motif kemunculan dr tersebut.. adakah die pembunuh bersiri tersebut atau sebaliknya.
Selepas itu, Oh Cho Rim bantu Choi Moo Gak tangkap perompak tersebut. Oh Cho Rim ekori jejak perompak tersebut dengan melihat bau yang terdapat pada perompak tersebut.
Choi Moo Gak tu pelik, cmne la Oh Cho Rim tu leh tau kat mane perompak tu sembunyikan diri.
Nak tau keseluruhan cerita, kena la tengok sendiri.
Cite ni lain dari yang lain.. iolls sunggest uolls tgk cite ni.


















No comments:
Post a Comment